Rabu, 20 Mac 2013


 RESEPI PUDING RUMPAI LAUT

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bahan - bahannya :-

1/2 gelas rumpai laut ( Yang sudah di blender atau dipotong )
4 gelas susu penuh krim
1 gelas gula
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil perisa oren ( tak nak letak pun bole atau diganti dengan pewarna )


Caranya: -

1. Susu di panaskan hingga mendidih
2. Tambah rumpai laut dan biarkan ia mereneh sehingga ia memekatkan.
3. Tambah gula, vanila dan perasa oren.
4. Masukkan dalam tempat
5. Sejukkan dan letak dalam peti sejuk.

RESEPI KOLAGEN MENTAH RUMPAI LAUT + DADIH

 
 
  1. Sediakan 50gm Rumpai laut (xkisah yg warna apa), 1 cawan gula, 1 kotak (1 liter) susu Dutch Lady strawberry (susu cair atau apa2 perisa pun boleh)
  2. Cuci rumpai ...laut sampai bersih
  3. Selepas tu masak rumpai laut tersebut dalam periuk sampai hancur
  4. Kemudian, masukkan gula kacau sampai cair
  5. Kemudian masukkan 1 liter susu Dutch Lady.
  6. Kacau sampai mendidih
  7. Dinasihatkan, jangan tinggalkan periuk itu nanti melimpah dan mengeluarkan kolagen dari periuk
  8. Kacau sentiasa sehingga betul2 mendidih... lepas tu baru boleh tutup api.
  9. Biar sejuk sikit bsebelum memasukkan dadih tersebut dalam bekas yang sesuai
  10. Lepas tu, masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sejuk..boleh dimakan da..

RESEPI KOLAGEN MENTAH + NATA DE COCO

  1. Sediakan 1 gelas Nata De Coco
  2. Ambil 3-4 sudu kolagen mentah yang sudah menjadi jely/agar2
  3. Campurkan kedua-duanya dan tambahkan ais batu...
  4. Da siap..Sodap...










 
FRUIT COCKTAIL RUMPAI LAUT
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bahan2:
  1. 100 GRAM RUMPAI LAUT YANG SUDAH DIRENDAM DAN DIBILAS, TOS 3-4 KALI
  2. 1 TIN BUAHAN CAMPUR
  3. AIR SEJUK
  4. AIS
Cara buat:
 
  1. POTONG KECIL-KECIL RUMPAI LAUT TERSEBUT
  2. SEDIAKAN MANGKUK
  3. MASUKKAN 1 TIN BUAH CAMPUR DAN RUMPAI LAUT YANG DIPOTONG-POTONG KECIL DAN AIR KEDALAM MANGKUK YANG DISEDIAKAN
  4. GAULKAN
  5. UNTUK LEBIH SEDAP , TAMBAH AIS
 
TIPS BUAT KERABU RUMPAI LAUT:
 
BAHAN2:
  1. 100G RUMPAI LAUT
  2. SEDIKIT MANGGA MUDA - POTONG NIPIS2
  3. 2 BIJI TOMATO - POTONG IKUT KAMU MAHU
  4. 2 BIJI BAWANG BESAR - POTONG NIPIS2
  5. CILI PADI - IKUT PEDAS KAMU MAHU
  6. 3-4 BIJI LIMAU NIPIS
  7. GARAM & SOS IKAN SECUKUP RASA
 
CARA BUAT:
  1. CUCI RUMPAI LAUT 5-6X
  2.  TOSKAN DAN POTONG KASAR
  3.  RAMAS DENGAN GARAM
  4.  CELUR DENGAN AIR PANAS
  5.  TOSKAN
  6.  GAULKAN DENGAN SEMUA BAHAN D ATAS
  7.  SEDIA UNTUK DIMAKAN
 
***BOLEH TAMBAH BAHAN2 LAIN IKUT KESUKAAN KAMU
***CONTOH - ULAM2, TAUGEH, BUNGA KANTAN, UDANG KERING(DITUMBUK HALUS), BILIS (DIGORENG GARING), KELAPA PARUT...DLL
 
 
RESEPI SUP RUMPAI LAUT
BAHAN-BAHAN

air secukupnya
RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan
6 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar(biar camtu je)
kiub ayam
sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
telur dua biji
sedikit halia diketuk
Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)
bawang putih dan merah goreng(optional)
Daun Sup

sedikit batang celery dihiris
sedikit minyak masak utk menumis


CARA-CARA MEMBUATNYA
 
  1. Tumiskan bawang bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau
  2. masukkan sedikit halia.
  3. masukkan isi ayam
  4. bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur
  5. Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar
  6. bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut
  7. Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup
  8.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan