Sabtu, 16 Mac 2013

PERLU DIKETAHUI OLEH SEMUA PENGGUNA KOLAGEN MENTAH


Biasanya, selepas sebulan mengamalkan makan rumpai laut yang disebut sebagai kolagen atau ibu kolagen atau dalam bahasa ringkasnya disebut PMC (Pure Marine Collagen) banyaklah kesan yang dirasai. Selain kesan-kesan positif , terdapat juga kesan yang sedikit mengganggu keselesaan. Biasalah kata orang apabila mengambil makanan yang memberi kesan detox, akan adalah tindak balas ke atas diri si pemakan. Hakikatnya kesan tindak balas inilah yang digeruni oleh kita dan menyebabkan tidak berani untuk makan pemakanan kesihatan atau ubat-ubat tradisional.

Berikut saya kongsikan pengalaman seorang rakan yang telah lama mengamalkan makan kolagen mentah ini:

 “Baru-baru makan dulu saya pun pelik, mengapalah cepat, lapar dan haus, mengapalah perut pedih, menyucuk-nyucuk? Hakikatnya yang sakit pedih-pedih dalam perut itu adalah tidak balas detox, maksud ia sedang bekerja untuk membersihkan segala yang telah tepu dan melekat pada dinding usus kita. Membuang pun jadi lawas. Ada ketika akan keluar ketulan-ketulan bulat kecil warna gelap bersama najis.. itu adalah bahan yang dihakis daripada dinding usus. Ia keluar menerusi najis dalam bentuk begitu. Lama kelamaan, apabila usus sudah bersih, tak rasa sakit perit atau menyucuk-menyucuk lagi,”  


Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.dah bermacam2 benda masuk dalam tubuh kita, bahan2 kimia, pengawet, ubat2 hospital, lemak2 dan lain2.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil kolagen mentah rumpai laut ni?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.


ANDA PROSES PEMULIHAN :( healing crisis)

  1. Keletihan/mengantuk (tubuh berasid, fungsi hati yang lemah)
  2. sakit kepala/pening (tekanan darah yg tinggi,tanda detoxsifikasi)
  3. deman dn sedikit keresahan (metobalisma meningkat, hormon tidak stabil)
  4. kerap membuang air besar dan kecil (tanda detoxsifikasi/sisa toksin tekumpul dlm bdan)
  5. kembung perut /bergas (tanda system penghadaman yang lemah)
  6. ruam, gatal kulit , peluh berbau busuk .kelemumur dan bejerawat (fungsi hati yg lemah, banyak toksin )
  7. batuk, berkahak, selesema, bersin (anda mengalami resdung, fungsi hati yg lemah)
  8. hidung berdarah( anemia/tidak cukp darah merah)
  9. sakit di bahagian otot dan sendi(tubuh berasid, toksin tekumpol tempat yang sakit)
  10. merasa lebih sakit di tempat yang terjejas(proses penyembuhan semakin cepat)
  11. insomnia/hyperaktif (system sarap yang lemah)
  12. haid tidak teratur,perubahan pada kitaran haid,gatal di punggung
  13. Semakin banyak mengeluarkan lender (akibat dri ketidakseimbangan hormone/sedang membetulkan hormon)
  14. pening dan lapar(hipoglisemia/paras gula dalam darah yg rendah Anemia tidak cukup darah merah)
  15. loya , sembelit, sedu (system penghadaman yang lemah dn masalah hati)















Tiada ulasan:

Catat Ulasan