Jumaat, 23 Ogos 2013

RUMPAI LAUT KAYA KHASIAT

Rumpai laut terkenal dengan sifat alkali yang kuat.  ia mengandungi protein yang tinggi dan beberapa mikronutrien yang hampir sama dengan bayam.  di Malaysia mungkin ia belum cukup terkenal berbanding Jepun.  Rumpai laut adalah sejenis sayuran yang sangat popular di sana.  ia hidup di kawasan air masin dan cetek untuk mendapatkan cahaya matahari yang cukup.

KANDUNGAN DI DALAM RUMPAI LAUT DIKATAKAN HAMPIR SAMA DENGAN BAYAM:


  • Sifat alkalin/ asid - Rumpai laut dan bayam bersifat alkalin 
  • Tinggi protein - Rumpai laut dan bayam mengandungi protein yang tinggi
  • Mikronutrien - Rumpai laut mengandungi Vitamin A, B1, B2, B3, B6, C, Iodin, Kalsium, Kalium, Magnesium dan zat besi.  Manakala bayam pula mengandungi Vitamin A, B9, C, E, K, Kalsium dan zat besi



ANTARA KHASIAT RUMPAI LAUT:


  1. Membantu merendahkan kadar asid dalam makanan yang diambil. Jadi ia sesuai dimakan dengan nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat asid.  Contohnya, onigiri dan sushi.
  2. Sifat alkali dalam rumpai laut tinggi disebabkan kehadiran mineral yang banyak dan pelbagai mineral lain seperti kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodin dan zink berbanding sayuran lain.
  3. Ia kaya dengan serat dan membantu mengawal paras gula dalam darah.
  4. Semakin dikenali sebagai diet kerana khasiatnya untuk kesihatan.
  5. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) turut digunakan dalam penghasilan pil diet.  Pil diet tersebut mampu memberikan rasa cepat kenyang walaupun makan dengan jumlah yang sedikit.
  6. Rumpai laut bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan yang membantu merendahkan kadar kolestrol.  Ia turut mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
  7. Rumpai laut juga bertindak sebagai ejen detoks.  Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan dan dinyahkan secara semula jadi melalui najis.
  8. Iodin yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaik fungsi kelenjar tiroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar tiroid membengkak).
  9. Dengan menambahkan rumpai laut dalam masakan, ia mampu meningkatkan jumlah serat dalam makanan yang telah dimasak.
  10. Kajian menunjukkan ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejjala-gejala osteoarthritis kira-kira 15%.  Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama 3 bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.
  11. Ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengandungi alginate iaitu bahan aktif yang tidak mempunyai rasa dan tidak berbau.  Ia juga dipercayai mampu meningkatkan metabolisme sekaligus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.
  12. Bahan ini juga dipercayai meningkatkan bahan radioaktif, logam berat, membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam badan.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG RUMPAI LAUT:

  1. Rumpai laut kering adalah sama khasiat dengan rumpai laut segar yang kaya dengan vitamin dan mineral.  
  2. Perbezaan antara rumpai laut yang dikeringkan dan segar ialah bakteria rumpai laut kering telah dimusnahkan.
  3. Rumpai laut yang telah busuk boleh menghasilkan gas hidrogen sulfida.  Ia beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit-birit.  Oleh itu, elakkan memakan rumpai laut yang telah berbau busuk dan hancur.
  4. Walaupun terdapat banyak kebaikan dalam rumpai laut, anda juga perlu membataskan pengambilannya kerana pengambilan yang banyak dan berterusan dikhuatiri boleh mengakibatkan keracunan iodin.

** Sumber : Simoons, Frederick (1991)."6, Seaweed and Other Algae".Food in China : A Cultural and Historical Inquiry. CRCPress.pp.179-190.ISBNO-936923-29-6