Selasa, 16 April 2013

BUKTI RUMPAI LAUT MEMBANTU MENGEKALKAN KOLAGEN DALAM KULIT

Isu Satu blog buat kenyataan mengenai rumpai laut yg tidak mengandungi protien (kolagen), hanyalah satu teknik buruk dalam perniagaan. Kehadiran rumpai laut mentah dalam pasaran menyebabkan byk produk collagen ...tidak jalan ..

Bukti yg menyatakan Rumpai Laut membantu mengekalkan kolagen dlm kulit - Dr Muta Harah Zakaria.. Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM

Sumber:Berita Harian.
Isnin, 15hb April 2013


PETIKANNYA:
"rumpai laut mengandungi kandungan mineral,asid amino dan beta karotein yang tinggi bagi membantu mengekalkan KOLEGEN dalam kulit"..lanjut boleh baca di Berita Harian keluaran Isnin, 15 April 2013.

Sumber:Berita Harian.
Isnin, 15hb April 2013

Isnin, 1 April 2013

KOLAGEN DALAM BADAN

TAHUKAH ANDA APA ITU KOLAGEN????

Untuk pengetahuan anda, bila seseorang itu (gadis atau jejaka) meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan bewarna kusam. Jadi, apa kena mengena dengan kolagennya? kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen. Apa akan jadi kalau kulit kekurangan kolagen tertentu? anda akan jadi tua.

Sebenarnya, kolagen ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. Apabila anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah hilang / kurang. Bila dah cerah dan tak kedut, korang akan nampak makin muda.




KERATAN-KERATAN AKHBAR TENTANG RUMPAI LAUT








KAJIAN YANG DIBUAT TERHADAP RUMPAI LAUT


Penyelidik UPM hasil KardioMate atasi masalah kesihatan

SERDANG: Selepas penyelidikan selama sembilan tahun dengan geran berjumlah RM500,000, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan produk alternatif kepada garam.
Dinamakan KardioMate yang dihasilkan daripada rumpai laut dan darat, ia didapati memberi manfaat kesihatan kepada pesakit kardiovaskular (CVD).

KardioMate juga sesuai untuk semua pengguna berusia empat tahun ke atas, ter-utama bagi penghidap tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain seperti obesiti, diabetes, kanser, tiroid dan kolestrol tinggi.

Penyelidik Institut Biosains, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed, berkata KardioMate mempunyai ciri antioksida yang tinggi, kandungan natrium yang rendah serta kaya dengan serat dan mineral penting seperti magnesium, kalsium, kalium, iodin, zink, kuprum dan selium.

“Menerusi kajian terhadap haiwan di makmal, KardioMate didapati mengawal tekanan darah yang berlebihan, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi mata, hati, jantung, ginjal, tulang, kulit, otak dan saluran darah.

“Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan ia berjaya membunuh kanser sel manusia terutama kanser payudara,” katanya pada sidang media Putra Cipta di UPM, semalam. Hadir sama Pengarah Institut Biosains UPM, Prof Dr Fatimah Yusof.
Dr Suhaila berkata, KardioMate mempunyai aktiviti antimikrobial yang membantu melambatkan kerosakan makanan, pada masa sama merencatkan kenaikan gula dalam darah serta mengawal tekanan darah berlebihan.

“Berbanding garam biasa, KardioMate memiliki ciri antioksida yang baik untuk kesihatan dan kesegaran makanan. Selain garam alternatif, ia boleh dijadikan sebagai perasa masakan,
sos, snek atau dicampur dalam aiskrim dan minuman.

“Serat rumpai laut ini juga boleh dijadikan bahan kosmetik dan krim topikal memandangkan
 antibodi yang dihasilkannya sama seperti gamat yang kini luas dikomersilkan.

“Saya berharap ada pihak industri akan bekerjasama dengan UPM Holdings mengkomersilkan rumpai laut ini. Saya mencadangkan ia dijual pada harga RM8 bagi setiap botol 80 gram. Walaupun agak mahal berbanding garam biasa, KardioMate sesuai untuk golongan berisiko,” katanya.


 Dipetik daripada :


Untuk lebih informasi maklumat cerita rumpai laut ganti garam sila tekan link dibawah : -