Sabtu, 30 Mac 2013

KADAR POS LAJU DAN POS DOMESTIK UDARA


POS LAJU

Poslaju Rates For Between Sabah and Sarawak: http://www.pos.com.my/pos_bm/appl/EmsRatedb.asp

Tariff For Weight Not More Than   1 Kg =1000 gm

Poslaju Tariff for Document:
First 500gm
(RM)
Next 250gm
(RM)
Amount
(RM)
Maximum Weight
(Kg)
6.00
1.50
9.00
2

Total Amount:  RM 9.00

Note:


·         The above amount is not inclusive of 15% fuel surcharge, 10% handling charges and 6% GST
·         No 6% GST for item posted from Langkawi and Labuan

Khamis, 28 Mac 2013

PROSES PENGERINGAN RUMPAI LAUT GRED AAA DAN GRED AA


Rumpai Laut Gred AAA (Ungu)

  • pengeringan cara angin panas / hotwind
  • warna asal / basah segar adalah coklat merah sebelum proses pengeringan
  • pertukaran warna adalah berperingkat2


Peringkat pertama
  • warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet
  • warna atau peringkat ini dikatakan bahawa kadar kandungan antioksidanya adalah pada tahap tinggi
  • umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 30 hari atau lebih

ungu violet

kemerahan














Peringkat ke-2
  • warna permulaan kering adalah ungu sedikit violet akan bertukar sepenuhnya kepada violet kemerahan dan coklat muda
  • umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 3 bulan atau lebih


coklat muda













Peringkat ke-3
  • warna daripada violet kemerahan dan coklat muda dari peringkat ke-2 akan bertukar ke coklat dan coklat gelap
  • warna atau peringkat akhir ini dikatakan bahawa ia mempunyai kadar serat yang tinggi
  • umur kesegaran dan warna bertahan dari 3 - 4 bulan hingga 1 tahun


coklat gelap













  • Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu eucheuma cottonii / Tambalang red brown
  • Sistem pengeringan rumpai laut kering yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang hampir
  • menyamai rumpai segar dalam 80 - 90%
  • Warnanya bertukar dari fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini




Rumpai Laut Gred AA (kuning)


  • pengeringan cara pengewapan / stim
  • warna asal / basah segar adalah coklat  hijau sebelum proses pengeringan


Peringkat pertama
  • warna permulaan kering adalah putih sedikit kekuningan
  • umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 - 7 hari atau lebih

Putih sedikit kuning























Peringkat Ke-2
  • warna bertukar ke kuning muda
  • umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 minggu - 1 bulan atau lebih



Kuning muda






Peringkat Ke-3
  • warna bertukar ke coklat  muda
  • umur kesegaran dan warna bertahan dari 1 bulan - 5 bulan

Coklat muda

















Peringkat ke-4
  • warna bertukar ke kuning emas
  • umur kesegaran dan warna bertahan dari 5 bulan - 1 tahun lebih

Kuning emas





















  • Kesimpulannya, rumpai laut kering ini adalah dari spesis yang sama iaitu eucheuma cottonii / Tambalang brown green. 
  • Sistem pengeringan rumpai laut yang terbaik dari segi kebersihan dan kualiti kandungan mineral yang kurang dari rumpai laut kering gred AAA
  • kemungkinan 60- 70% dari rumpai laut segar 
  • Warna bertukar berperingkat - peringkat  / fasa ke fasa bergantung kepada kering dan lembab cuaca atau suhu persekitaran tempat bilik penyimpanan rumpai laut kering ini




Jumaat, 22 Mac 2013

INFO PENTING TENTANG RUMPAI LAUT HIJAU


Ada orang mengatakan yang hijau tidak boleh dimakan.  Memang ada, hijau yang diistilahkan "expenation", tidak boleh dimakan.   Ini kerana, jika dimakan melebihi had, akan menyebabkan mabuk... Silap haribulan, mabuk selama-lamanya.  Hijau jenis ini, memang berbeza daripada "Sprite"... Batangnya agak lebih besar daripada "Sprite" dan kelihatan berduri2 lembut dan bukan tajam ya...Tapi bukan semua jenis hijau tidak boleh dimakan. "Sprite" boleh dimakan, dan mempunyai kandungan klorofil & kolagen lebih tinggi berbanding ungu dan kuning. 

**info ni saya dapat dari google ja..so, kalau ada kawan2 yg ada info selain ni marila kongsi2..

Khamis, 21 Mac 2013

TESTIMONI PENGGUNA KOLAGEN MENTAH RUMPAI LAUT

 
TAPAK KAKI - SAPU JELY RUMPAI LAUT 3-4 KALI SEMINGGU

 
PERUT MEREKAH - SAPU JELY RUMPAI LAUT 3-4 KALI SEMINGGU

 
TUMIT KAKI MEREKAH - RENDAMKAN TAPAK KAKI DENGAN AIR TOS RUMPAI LAUT


 
MASALAH JERAWAT YANG TERUK - AMALKAN MAKAN KOLAGEN RUMPAI LAUT 3-5 SUDU SEHARI DAN SAPUKAN JELY RUMPAI LAUT YANG DICAMPUR DENGAN TOMATO YG TELAH DILENYEKKAN 3-4 KALI SEMINGGU

 
KEDUTAN PADA BELAKANG LEHER - SAPU JELY RUMPAI LAUT 3-4 KALI SEMINGGU

Rabu, 20 Mac 2013


 RESEPI PUDING RUMPAI LAUT

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bahan - bahannya :-

1/2 gelas rumpai laut ( Yang sudah di blender atau dipotong )
4 gelas susu penuh krim
1 gelas gula
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil perisa oren ( tak nak letak pun bole atau diganti dengan pewarna )


Caranya: -

1. Susu di panaskan hingga mendidih
2. Tambah rumpai laut dan biarkan ia mereneh sehingga ia memekatkan.
3. Tambah gula, vanila dan perasa oren.
4. Masukkan dalam tempat
5. Sejukkan dan letak dalam peti sejuk.

RESEPI KOLAGEN MENTAH RUMPAI LAUT + DADIH

 
 
  1. Sediakan 50gm Rumpai laut (xkisah yg warna apa), 1 cawan gula, 1 kotak (1 liter) susu Dutch Lady strawberry (susu cair atau apa2 perisa pun boleh)
  2. Cuci rumpai ...laut sampai bersih
  3. Selepas tu masak rumpai laut tersebut dalam periuk sampai hancur
  4. Kemudian, masukkan gula kacau sampai cair
  5. Kemudian masukkan 1 liter susu Dutch Lady.
  6. Kacau sampai mendidih
  7. Dinasihatkan, jangan tinggalkan periuk itu nanti melimpah dan mengeluarkan kolagen dari periuk
  8. Kacau sentiasa sehingga betul2 mendidih... lepas tu baru boleh tutup api.
  9. Biar sejuk sikit bsebelum memasukkan dadih tersebut dalam bekas yang sesuai
  10. Lepas tu, masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sejuk..boleh dimakan da..

RESEPI KOLAGEN MENTAH + NATA DE COCO

  1. Sediakan 1 gelas Nata De Coco
  2. Ambil 3-4 sudu kolagen mentah yang sudah menjadi jely/agar2
  3. Campurkan kedua-duanya dan tambahkan ais batu...
  4. Da siap..Sodap...










 
FRUIT COCKTAIL RUMPAI LAUT
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bahan2:
  1. 100 GRAM RUMPAI LAUT YANG SUDAH DIRENDAM DAN DIBILAS, TOS 3-4 KALI
  2. 1 TIN BUAHAN CAMPUR
  3. AIR SEJUK
  4. AIS
Cara buat:
 
  1. POTONG KECIL-KECIL RUMPAI LAUT TERSEBUT
  2. SEDIAKAN MANGKUK
  3. MASUKKAN 1 TIN BUAH CAMPUR DAN RUMPAI LAUT YANG DIPOTONG-POTONG KECIL DAN AIR KEDALAM MANGKUK YANG DISEDIAKAN
  4. GAULKAN
  5. UNTUK LEBIH SEDAP , TAMBAH AIS
 
TIPS BUAT KERABU RUMPAI LAUT:
 
BAHAN2:
  1. 100G RUMPAI LAUT
  2. SEDIKIT MANGGA MUDA - POTONG NIPIS2
  3. 2 BIJI TOMATO - POTONG IKUT KAMU MAHU
  4. 2 BIJI BAWANG BESAR - POTONG NIPIS2
  5. CILI PADI - IKUT PEDAS KAMU MAHU
  6. 3-4 BIJI LIMAU NIPIS
  7. GARAM & SOS IKAN SECUKUP RASA
 
CARA BUAT:
  1. CUCI RUMPAI LAUT 5-6X
  2.  TOSKAN DAN POTONG KASAR
  3.  RAMAS DENGAN GARAM
  4.  CELUR DENGAN AIR PANAS
  5.  TOSKAN
  6.  GAULKAN DENGAN SEMUA BAHAN D ATAS
  7.  SEDIA UNTUK DIMAKAN
 
***BOLEH TAMBAH BAHAN2 LAIN IKUT KESUKAAN KAMU
***CONTOH - ULAM2, TAUGEH, BUNGA KANTAN, UDANG KERING(DITUMBUK HALUS), BILIS (DIGORENG GARING), KELAPA PARUT...DLL
 
 
RESEPI SUP RUMPAI LAUT
BAHAN-BAHAN

air secukupnya
RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan
6 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar(biar camtu je)
kiub ayam
sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
telur dua biji
sedikit halia diketuk
Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)
bawang putih dan merah goreng(optional)
Daun Sup

sedikit batang celery dihiris
sedikit minyak masak utk menumis


CARA-CARA MEMBUATNYA
 
  1. Tumiskan bawang bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau
  2. masukkan sedikit halia.
  3. masukkan isi ayam
  4. bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur
  5. Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar
  6. bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut
  7. Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup
  8.  

Sabtu, 16 Mac 2013

PERLU DIKETAHUI OLEH SEMUA PENGGUNA KOLAGEN MENTAH


Biasanya, selepas sebulan mengamalkan makan rumpai laut yang disebut sebagai kolagen atau ibu kolagen atau dalam bahasa ringkasnya disebut PMC (Pure Marine Collagen) banyaklah kesan yang dirasai. Selain kesan-kesan positif , terdapat juga kesan yang sedikit mengganggu keselesaan. Biasalah kata orang apabila mengambil makanan yang memberi kesan detox, akan adalah tindak balas ke atas diri si pemakan. Hakikatnya kesan tindak balas inilah yang digeruni oleh kita dan menyebabkan tidak berani untuk makan pemakanan kesihatan atau ubat-ubat tradisional.

Berikut saya kongsikan pengalaman seorang rakan yang telah lama mengamalkan makan kolagen mentah ini:

 “Baru-baru makan dulu saya pun pelik, mengapalah cepat, lapar dan haus, mengapalah perut pedih, menyucuk-nyucuk? Hakikatnya yang sakit pedih-pedih dalam perut itu adalah tidak balas detox, maksud ia sedang bekerja untuk membersihkan segala yang telah tepu dan melekat pada dinding usus kita. Membuang pun jadi lawas. Ada ketika akan keluar ketulan-ketulan bulat kecil warna gelap bersama najis.. itu adalah bahan yang dihakis daripada dinding usus. Ia keluar menerusi najis dalam bentuk begitu. Lama kelamaan, apabila usus sudah bersih, tak rasa sakit perit atau menyucuk-menyucuk lagi,”  


Apakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.dah bermacam2 benda masuk dalam tubuh kita, bahan2 kimia, pengawet, ubat2 hospital, lemak2 dan lain2.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil kolagen mentah rumpai laut ni?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.


ANDA PROSES PEMULIHAN :( healing crisis)

  1. Keletihan/mengantuk (tubuh berasid, fungsi hati yang lemah)
  2. sakit kepala/pening (tekanan darah yg tinggi,tanda detoxsifikasi)
  3. deman dn sedikit keresahan (metobalisma meningkat, hormon tidak stabil)
  4. kerap membuang air besar dan kecil (tanda detoxsifikasi/sisa toksin tekumpul dlm bdan)
  5. kembung perut /bergas (tanda system penghadaman yang lemah)
  6. ruam, gatal kulit , peluh berbau busuk .kelemumur dan bejerawat (fungsi hati yg lemah, banyak toksin )
  7. batuk, berkahak, selesema, bersin (anda mengalami resdung, fungsi hati yg lemah)
  8. hidung berdarah( anemia/tidak cukp darah merah)
  9. sakit di bahagian otot dan sendi(tubuh berasid, toksin tekumpol tempat yang sakit)
  10. merasa lebih sakit di tempat yang terjejas(proses penyembuhan semakin cepat)
  11. insomnia/hyperaktif (system sarap yang lemah)
  12. haid tidak teratur,perubahan pada kitaran haid,gatal di punggung
  13. Semakin banyak mengeluarkan lender (akibat dri ketidakseimbangan hormone/sedang membetulkan hormon)
  14. pening dan lapar(hipoglisemia/paras gula dalam darah yg rendah Anemia tidak cukup darah merah)
  15. loya , sembelit, sedu (system penghadaman yang lemah dn masalah hati)